Tuesday, December 23, 2008
Pengenalan PKN
Perhimpunan Karisma Nasional atau PKN merupakan satu himpunan besar yang telah lama dirancang dan dilaksanakan di peringkat nasional saban tahun. Tujuan utama perhimpunan ini diadakan ialah bagi membincangkan hal-hal berkenaan dengan halatuju dan aspirasi Karisma Nasional bagi tujuan perlaksanaan di peringkat lokaliti di seluruh Malaysia. Perhimpunan sebegini dapat membentuk rasa kebersamaan sesama ahli Karisma selain menyelaraskan gerak kerja Ksrisma di setiap lokaliti agar ianya berjalan dalam keadaan yang tersusun. Secara tradisinya, PKN juga merupakan perhimpunan di mana tanzim pimpinan Karisma Nasional dilantik setelah perletakan jawatan tanzim sebelumnya.
Objektif PKN
1. Mengumpul perwakilan dan penggerak-penggerak Karisma di seluruh negara bagi tujuan mencari kesepakatan dalam menentukan halatuju dan masa depan organisasi.
2. Memantapkan penguasaan konseptual pemimpin terhadap segala perubahan strategi serta pelan tindakan alaf baru.
3. Memupuk kesepakatan dan kerjasama terhadap mencapai matlamat yang jelas terhadap visi serta misi organisasi.
4. Mengeratkan ukhuwwah Islamiyyah di kalangan ahli Karisma.
Sejak pelancaran pada 2 mei 1999, Alhamdulillah kita telah mengadakan PKN sebanyak 8 kali seperti berikut :
PKN 01
6 Januari 2001 - Institut Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara (NIOSH), Bangi, Selangor (Kz1)
PKN 02
2 Februari 2002 - De Palma
PKN 03
18 Januari 2003 - Auditorium Kuliah Kejuruteraan, UIAM Gombak, Selangor (Kz2)
PKN 04
17 Januari 2004 - Kolej Dar Al Hikmah, Sungai Ramal, Kajang, Selangor (Kz1)
PKN 05
15 Januari 2005 - Auditorium Muzium Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor (Kz3)
PKN 06
21 Januari 2006 - Auditorium Utama, Kuliah Senibina dan Reka Bentuk Persekitaran, UIAM Gombak, Selangor (Kz2)
PKN 07
13 Januari 2007 - Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan OKU (PLPP), Bangi, Selangor (K-DHL)
PKN1207
29 Disember 2007 - Dewan Auditorium Institut Tadbir Islam (INTIM),
Setiap PKN hadir dengan tema berbeza dan setiap tema menggambarkan penegasan serta fokus untuk tahun mendatang..Berikut tema PKN sejak pertama kali ia dianjurkan :
PKN 01 - Mahasiswa Duat Memimpin Perubahan Merintis Pembaharuan
PKN 02 - Mengukuh Idealisme Perjuangan
PKN 03 - Melonjak Aktivisme Pengislahan
PKN 04 - Membina Kekuatan Mendepani Tribulasi Dakwah Masa Kini
PKN 05 - Menganjakkan Minda Menggerakkan Agenda
PKN 06 - Bersama Memugar Aspirasi Perjuangan Membina Keberdayaan Gerakan
PKN 07 - Generasi Muda Pemangkin Penegakan Syariah
PKN1207 - Menggembleng Tenaga Mahasiswa Ke Arah Fikrah Islam Dominan Alam Kampus
0 Comments:
Post a Comment