KARISMA: Pengenalan

Sunday, December 14, 2008


"Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali". 

(Surah Hud: 88 )


Sejarah Penubuhan:

KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT). Dilancarkan pada 2 Mei 1999, KARISMA mula bertapak di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.




Rasional Penubuhan:

Usaha dakwah dan pengislahan di kalangan masyarakat, khususnya warga kampus sewajarnya digerakkan oleh golongan mahasiswa itu sendiri melalui penglibatan strategik di peringkat IPT, negeri dan nasional. Ini didasarkan di atas kesedaran bahawa golongan mahasiswa merupakan golongan terpelajar yang mampu menjadi anasir pembaharuan ke arah kebaikan (islah) dengan membawa mesej Islam kepada masyarakat umum dengan berkesan.



Objektif Penubuhan:

1. Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin di kalangan mahasiswa
2. Menggerakkan penglibatan mahasiswa dalam proses pengislahan masyarakat
3. Mewujudkan ruang permuafakatan dan kerjasama yang seluas-luasnya dengan     semua pihak.

Kenyataan Visi:

"Menjadi sebuah gerakan mahasiswa kontemporari yang menjana perubahan ke arah tertegaknya syariat Islam di Malaysia"

Kenyataan Misi:

"Beriltizam untuk melahirkan mahasiswa du"at soleh wa musleh yang cemerlang dari aspek sakhsiah, kepimpinan dan akademik melalui program pembangunan insan yang komprehensif"

“Menggembleng tenaga mahasiswa kearah merealisasikan Fikrah Islam Dominan Alam Kampus (FIDAK) menjelang 2015”

Motto:

"Mahasiswa Du"at Teras Kepimpinan"

Senarai Presiden Karisma

1. (1999-2001) Ahmad Fauwaz Muhamad

2. (2001-2004) Aidiahmad Dewa

3. (2004-2005) Wan Muhammad Wan Ibrahim

4. (2005-2006) Ahmad Zubair W Ab Rahim

5. (2006-2007) Naim Jusri

6. (2007-2008) Mohamad Amirul Mohamad Letfee

 Senarai Ketua Siswi Karisma (Ketua SISMA)

1. Anfaal Saari

2. Siti Hamisah Manan

3. Norhasnida Zawawi

4. Siti Nuur Basmin Mohd Maarof

5. Maryam Aizudin

6. Khadijah Azman

0 Comments: